Menurut sumber wikipedia, Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat.
Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar diSemenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.
Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang.
Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:
- Desaru: pantai-pantai dan padang golf di pantai Laut China Selatan;
- Johor Bahru: sebuah daerah diraja yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam;
- Kota Tinggi: mempunyai air terjun yang tingginya 34 meter.
- Kukup: sebuah kampung perikanan dengan restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut.
- Muar: sebuah bandar yang cantik di tebing sungai
- Kepulauan Seribuat: terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai terumbu karang dan pantai yang indah
- Tanjung Piai: merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.
Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:
- Taman Negara Endau-Rompin
- Taman Negara Gunung Ledang
- Taman Negara Tanjung Piai
- Taman Negara Pulau Kukup
- Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
- Hutan Lipur Gunung Pulai
- Hutan Lipur Gunung Arong
- Hutan Lipur Gunung Lambak
- Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)
- Hutan Lipur Gunung Panti.
1. Pulau Kukup Johor National Park / Pulau Kukup
Pulau Kukup. Ia menjadi destinasi pelancongan yang menarik kerana banyak sekali burung Ramsar yang singgah antara Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Kerajaan negeri Johor telah mengisytiharkan kawasan ini sebagai Taman Negara Kukup yang diwartakan untuk dilindungi kerana adanya hutan paya bakau yang penting untuk habitat ketam,udang, kerang, siput , anakikan untuk membiak. Selain itu hutan bakau mampu menampan ombak laut dari Selat Melaka . Airnya memang keruh dan tidak sesuai untuk mandi-manda tetapi amat penting untuk survival para nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti perikanan.
2. Pulau Rawa / Rawa Island
Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatandi pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.
Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.
Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.
3. Pulau Sibu / Sibu Island
Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.
4. Endau-Rompin National Park
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya dilegeh Sungai Endau dan Sungai Rompin diJohor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometerpersegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesiestumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajahdan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budayaorang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.
5.Kota Tinggi Waterfall
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor,Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru.
Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikananyang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikananyang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti.
Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti danGunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong.
Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru,Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampunganorang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.
Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti danGunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong.
Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru,Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampunganorang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.
No comments:
Post a Comment